Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

F A Ü Z A N I B R Ä H I M

Blog EntryJul 23, '08 1:30 PM
for everyone

Program:

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) di Kampus Fasa 1

Tarikh:

1, 2 & 3 Ogos 2008 ( 2 hari 2 Malam )

Tempat:

Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

( http://www.masjidba ngsar.org/ )

( http://www.streetdi rectory.com/ malaysia/ kl/travel/ travel_id_ 1355/travel_ site_153468/)

Yuran:

RM 20.00 (utk tempat prog, makan/minum, penginapan, penceramah etc)

Sasaran Peserta:

Semua ahli Karisma yang berminat untuk menambah skill serta pengetahuan berkaitan dakwah kepada non-muslim.

Pendaftaran:

Sesiapa yang berminat blh contact ana 012-2921105 / 019-2141105

Tentatif Program:

*Jumaat (1/08/ 08)*

9:00 - 9:30    :- Pendaftaran
9:30 - 9:45    :- Ucapan alu-aluan dari Amirul Letfee (Presiden KARISMA)
9:45 -10:30   :- Perbincangan mengenai isu dakwah non-muslim di kampus
10:30             :- Tidur

Hari Pertama, 2/08/ 08 (Sabtu)

5:00 - 7:00    :- Qiam,Solat Subuh, Tazkirah Subuh
7:00 - 8:15    :- bersiap,sarapan (nafsi2)
8.30 - 9.45    :- Slot 1 -

  • Tajuk: Kewajipan Berdakwah
  • Oleh: Bro. Mas-Yuri (IIS)
  • Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-
    • Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
    • Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
    • Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
    • Dakwah saya tidak akan berkesan.
    • Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
    • Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
    • Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
    • Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
    • Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.
    • Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.

9.45 – 10:00  :- Kudapan
10:00 -11:45 :- Slot 2 -

  • Tajuk: Sejarah agama Kristian
  • Oleh: Muhammad Sylvester (Hidayah Centre)
  • Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian. Ia terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-
    • Era sebelum Jesus as dilahirkan.
      • Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.
    • Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit.
      • Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.
    • Era selepas Jesus as diangkat ke langit.
      • Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.

11:45 – 1:30  :- Slot 3 -

  • Tajuk: Asas-asas Agama Kristian
  • Oleh: Bro. Rahmat MMU (IIS)
  • Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-
  1. Dosa Warisan
  2. Jesus itu anak tuhan
  3. Jesus itu tuhan
  4. Pensaliban Jesus
  5. Trinity
  • Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.

1:30 - 2:30    :- Solat Zohor/Makan Tengah hari
2:30 - 4:15    :- Slot 4 -

  • Tajuk: Memahami Masyarakat Cina untuk Berdakwah
  • Oleh: Bro. Edry MMU (IIS)
  • Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka. Selain itu, seperti sesi ke lima, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.

4:15 - 5:00    :- Solat Asar
5:00 - 6:45    :- Slot 5 -

  • Tajuk: Memahami Agama Hindu untuk Berdakwah
  • Oleh: Akhi. Kamaruzaman (Hidayah Centre)
  • Peserta akan didedahkan mengenai konsep ketuhanan di dalam agama Hindu. Ia akan membantu kita menilai cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep tuhan mereka. Di dalam pembentangan ini, peserta akan diberikan kejutan demi kejutan tentang isi kandungan kitab-kitab suci Hindu. Adalah perlu diingatkan di sini mengenai pesanan daripada Quran “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah (SWT), kerana mereka kelak, akan mencerca Allah (SWT) secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. 6:108.
  • Selepas kejutan-kejutan tadi diterangkan, peserta akan didedahkan pula kepada kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara yang terdapat di dalam kitab suci Hindu, dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.

6:45 - 9:00    :- Kemas diri, mkn malam, Solat Maghrib & Isya’
9:00 - 10:45  :- Slot 6 -

  • Tajuk: Celik Bible 1- Percanggahan dalam Bible (Contradiction in Fact & Science),  Fairy tale etc.
  • Oleh: Bro. Edwan Hamidi (IIS)
  • Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah corrupt, tetapi benarkah begitu? Seandainya Injil tersebut tidak corrupt, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita untuk kategori 18 tahun ke atas yang terdapat di dalamnya.
  • Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.
  • Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.

10:45             :- end 1st day

Hari Ke-2, 3/08/ 08 (Ahad)

5:00 - 7:00    :- Qiam, Solat Subuh, Tazkirah Subuh
7:00 - 8:15    :- bersiap,sarapan (nafsi2)
8:30 - 9:00    :- Ulangan hari pertama
9:00 - 10:45  :- Slot 7 -

  • Tajuk: Cabaran sebagai Saudara Baru
  • Oleh: Bro. Joannes Lukas (Hidayah Centre)
  • Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-
    • Sebelum memeluk Islam
      • Contoh buruk oleh Muslim
      • Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
      • Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
      • Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll
    • Semasa memeluk Islam
      • Masalah semasa hendak bershahadah
      • Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
      • Terlalu terikat dengan prosedur, dll
    • Selepas memeluk Islam
      • Mualaf diMelayukan
      • Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
      • Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
      • Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll.

10:45 - 11:00:- Kudapan
11:00 - 12:30:- Slot 8 -

  • Tajuk: Soalan Lazim Terhadap Agama Islam
  • Oleh: Lim Ju Soon (MACMA)
  • Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan. Antara soalan-soalannya ialah:-
    • Isu umum:-
      1. Masuk Islam = Masuk Melayu
      2. Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
      3. Islam agama mundur
      4. Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
      5. Semua agama sama
      6. Doa tidak terjawab
      7. Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
      8. Sains dan agama tidak selari
    • Isu keganasan:-
      1. Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
      2. Islam disebar melalui mata pedang
      3. Negara Muslim suka berperang.
  • Isu wanita:-
    1. Wanita tidak boleh jadi imam
    2. Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
    3. Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
    4. Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
    5. Wanita tidak boleh jadi pemimpin
    6. Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
    7. Suami boleh pukul isteri (4:34)
    8. Poligami
    9. Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
    10. Isu tudung
  • Isu bermusim:-
    1. Hudud
    2. Negara Islam
    3. Islam Hadhari
    4. Rogol isteri
    5. Tsunami
    6. Moral
    7. Artikel 11(1A)
    8. Karikatur
  • Isu Nabi Muhammad saw:-
    1. Ramai isteri – 12 orang
    2. Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
    3. Kahwin menantu sendiri
    4. Nabi boleh membaca
  • Soalan dari missionary Kristian:-
    1. Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
    2. Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
    3. Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
    4. Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
    5. Quran tiru Bible
    6. Quran hasil kerja syaitan
    7. Allah (SWT) guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar
  • Soalan dari orang-orang Hindu:-
    1. Muslim sembah Kaabah
    2. Tuhan Linggam di dalam Kaabah
    3. Semua manusia sepatutnya Vegetarian
    4. Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
    5. Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan
  • Quran ada contradictions: -
    1. Satu hari di sisi Allah (SWT) adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
    2. Allah (SWT) cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
    3. Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

12:30 - 1:30  :- Slot 9 -

  • Tajuk: Quran & Sains
  • Oleh: Akhi Aizuddin (Hidayah Centre)
  • Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker) is it same with Pluralisme?, maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah (SWT) itu wujud.

1:30 - 2:15    :- Solat Zuhur, makan tengahari
2:15 - 3:00    :- Rumusan, tamat program.


Add a Comment